Assalamualaikum.For the first trial,menjadi menjadi!Haaha.Harini aku nak share cara nak buat tat Keju blueberry.Mesti ramai yang suka kan.Kalau beli mesti mahal.So,apa kata buat sendiri wokeyyh?Resepi ini juga khas buat kawanku Nabila yang bertanya haritu.hehe
- Sediakan Bahan bahan untuk membuat pastri
Bahan Bahan Pastri
250 gram tepung gandum
60 gram gula aising
125 gram mentega
1 telur kuning
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar air
- Ayak tepung 3 kali dan campurkan bersama gula aising di dalam mangkuk adunan
- Masukkan mentega dan gaul adunan sehingga jadi seperti gambar nombor 4 .Kemudian tambahkan kuning telur, esen vanilla , dan air.Gaul lagi sehingga menjadi doh seperti gambar nombor 5.
- Kemudian tutup bekas dengan plastik dan sejukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit.
- Setelah 20 minit doh disejukkan, doh kemudiannya dikeluarkan dan dibentuk menjadi pastri mengikut acuan pastri masing masing.
- Jangan lupa cucuk sedikit bahagian dasar doh menggunakan pencungkil gigi ataupun garfu.
- Kemudian bakar pastri pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit.
Tips : Pastri yang sudah masak akan mudah keluar dari acuannya
Bahan bahan Inti
250 gram krim keju
20 gram mentega
60 gram gula halus
1 biji telur
Jem blueberry
- Pukul krim keju,mentega dan gula sehingga kembang.Kemudian tambah telur dan pukul sehingga sebati.
- Piping kan jemblueberry ke dalam pastry.
- Kemudian,Tuang adunan krim keju tadi kedalam pastri (dengan menggunakan piping bag lebih senang)
- Selepas itu,bentukkan corak mengikut kreativiti sendiri.
- Akhir sekali,bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidangkan :)
Tweet