PAUSE HERE

13 Dec 2014

Sawang

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . Ya Allahhh dah lama aku tak sentuh blog ni . Paling last update time awal awal masuk kolej sem 1 dulu . Oh mak aihh sekarang aku dah SEM 5. Sampai ada kengkawan aku yang terjumpa blog aku ni . Aku rasa macam nak tutup muka oi. Actually aku teringin nak update blog hari hari macam dulu . Tapi sayang laptop aku langsung tak boleh nak acces blogspot. Lepastu pulak dah makin lama makin banyak laman so sial macam instagram la , wechat  la. So zaman blog ni semakin di lupakan . haha .

Selama 5 sem aku rasa terlalu banyak kot peristiwa yang menarik . Tinggal lagi satu sem je lagi lepastu aku kena praktikal . Eiiii malas la nak praktikal nak bangun awal pagi sume tu . Okay memang nampak aku kuat tido .Lagi satu aku taknak tinggalkan Melaka ni . Seriously Melaka ni memang awesome kott . Banyak tempat best . banyak function . Sayang nak tinggalkan Melaka.

Aku pon tak tahu dah nak cerita apa . By the way, blog aku bukan ada readers pon . hakhak .

k bai .



9 Apr 2013

Blueberry Cheese Tart






Assalamualaikum.For the first trial,menjadi menjadi!Haaha.Harini aku nak share cara nak buat tat Keju blueberry.Mesti ramai yang suka kan.Kalau beli mesti mahal.So,apa kata buat sendiri wokeyyh?Resepi ini juga khas buat kawanku Nabila yang bertanya haritu.hehe




  • Sediakan Bahan bahan untuk membuat pastri


Bahan Bahan Pastri

250 gram tepung gandum

60 gram gula aising

125 gram mentega

1 telur kuning 

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar air


  • Ayak tepung 3 kali dan campurkan bersama gula aising di dalam mangkuk adunan  


  • Masukkan mentega dan gaul adunan sehingga jadi seperti gambar nombor 4 .Kemudian tambahkan kuning telur, esen vanilla , dan air.Gaul lagi sehingga menjadi doh seperti gambar nombor 5.



  • Kemudian tutup bekas dengan plastik dan sejukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit.


  • Setelah 20 minit doh disejukkan, doh kemudiannya dikeluarkan dan dibentuk menjadi pastri mengikut acuan pastri masing masing.


  • Jangan lupa cucuk sedikit bahagian dasar doh menggunakan pencungkil gigi ataupun garfu.


  • Kemudian bakar pastri pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit.


Tips : Pastri yang sudah masak akan mudah keluar dari acuannya



Bahan bahan Inti

250 gram krim keju

20 gram mentega

60 gram gula halus

1 biji telur

Jem blueberry


  • Pukul krim keju,mentega dan gula sehingga kembang.Kemudian tambah telur dan pukul sehingga sebati.

  • Piping kan jemblueberry ke dalam pastry.

  • Kemudian,Tuang adunan krim keju tadi kedalam pastri (dengan menggunakan piping bag lebih senang) 

  • Selepas itu,bentukkan corak mengikut kreativiti sendiri.

  • Akhir sekali,bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.

  • Sedia untuk dihidangkan :)



10 Jan 2013

Last Day Before SPM ...




This  what we called 'study group' and also, the last day before the last paper.Oh ya! thanks a lot to all my friends .. Ayu,Aiman,Farah,syahida,Haidir, syafizi and others that i didn't want 
to publish their name here.sorry.

Bukan senang nak study group macam ni malam malam.Dan mereka ini sanggup pergi ke sekolah untuk study group sama sama.thanks again.with love.♡♡♡♡

6 Dec 2012

Merdeka !

Assalamualaikum.Seriously, penat penat penat jawab exam !! Tapi alhamdulillah aku dah habis pun exam SPM dan sekarang lah masa untuk aku enjoyy !! Yup.Hari yang indah aku mulakan dengan tengok cerita Istanbul Aku Datang.Not in cinema, just on astro First yang kena bayar 15 hinggit untuk dua hari tu.Berbaloi ka? Nak tengok punya pasal,katanya 4 hari kutipan filem tu dah mencecah satu juta woii.



Mulanya nak tak nak la langgan dekat Astro First yang macam tak berbaloi.Beli cd boleh simpan lama lama ye idok? Then, disebabkan keluarga aku akan berpindah, aku langgan la jugak.

Cerita pasal pindah ni memang aku malas ya amat.Kena kemas la hape la.Tapi terpaksa la kan.
By The way, I dah merdeka.


P/S : Ya Allah,lembutkanlah hati pemeriksa kertas jawapan aku itu Ya Allah.Amin.
Hak cipta terpelihara Nurbaiti Hosaini